‘PLASTIC surgery gone wrong’ untuk selebriti popular Hong Kong popular, Fanny Sieh apabila wajahnya kini saling tak tumpah seperti watak anime yang kebiasaannya bermata besar dan berbentuk wajah V.
Raut wajah terbaharu pelakon wanita itu nyata mengejutkan semua peminatnya kerana rupanya dikatakan sangat hodoh jika dibandingkan dengan wajah asalnya.
Yang paling ketara di bahagian matanya yang kelihatan lebih bulat dan besar daripada kebiasaan selain dagunya yang runcing berbentuk V.
Dah elok-elok cantik, pergi ubah, kalau lagi bertambah cantik tidak mengapalah, tapi anda tengok sendiri pun dah gerun kan! – MYNEWSHUB.CC