Pathum Thani – Sebanyak 14 unit apartmen di sebuah bangunan dipecah masuk malam Khamis lalu dan polis berasa ‘kagum’ kerana ia dipercayai dilakukan pencuri yang bertindak sendirian.
Ketua Polis Thaya Buri, Boonying Bundhitthai berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 9 malam oleh pengurus MT Condominium di Bung Yi Tho.
Katanya, sepasukan penyiasat dihantar ke situ untuk mengumpulkan maklumat.
“Data diperoleh menunjukkan semua pintu 14 unit apartmen terbabit dibuka secara paksa.
“Kediaman itu terletak di tingkat dua hingga lima bangunan kondominium berkenaan,†katanya.
Kata Boonying, sebahagian besar barang dilarikan ialah wang tunai, perhiasan dan telefon bimbit.
Seorang daripada mangsa, Jarinya Kerddee, 30, berkata, dia menyedari rumahnya diceroboh ketika pulang untuk makan malam.
“Kunci pada pintu digergaji, rumah diselongkar, tetapi rasanya pencuri itu kecewa kerana tiada barang berharga di sini.
“Saya tidak menyimpan barang kemas di rumah,†katanya. – Agensi
https://www.youtube.com/watch?v=U-zJQzi7dMg