Filipina gagal mengambil kesempatan bermain di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki hari ini.
Pertemuan kedua-dua pasukan itu menurut para penganalisis bola sepak rantau ASEAN, merupakan antara yang dinantikan dan mempamerkan aksi sengi sejak awal perlawanan lagi.
Thailand memperlihatkan corak permainan garang dengan tujuan menyukarkan barisan pertahanan Filipina bagaimanapun, setiap peluang gagal di manfaatkan.
BACA – Piala AFF-Malaysia Mara Ke Separuh AkhirÂÂ
Bagaimanapun, Filipian hampir membuka pada penghujung separuh masa pertama melalui Phil Younghusband, bagaimanapun percubaannya diselamatkan penjaga gol Thailand.
Pada separuh masa kedua, Filipina mencongak strategi untuk cuba melepasi benteng negara Gajah Putih itu.
Ternyata benteng Thailand terlalu ampuh buat skuad ‘The Azkals’.
Keadaan menjadi malang buat skuad Thailand apabila kehilangan penyerangnya, Adisak Kraisorn pada minit ke-68 selepas dia dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas pemain Filipina.
Namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya Filipina untuk keputusan kekal tanpa sebarang jaringan gol.
Pada satu lagi perlawanan separuh akhir pertama malam ini, Malaysia bakal melayan kunjungan Vietnam di Stadium Shah Alam pada pukul 8 malan ini. – MYNEWSHUB.CC
Video – Singapura lwn Malaysia Di Stadium Nasional, KallangÂÂ
http://youtu.be/SaLZkn_azVg