Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Yana Samsudin Tak Puas...

BIASALAH apabila sesuatu majlis itu sudah berakhir, pasti akan ada cakap-cakap di belakang...

PKPB: Sekolah Tak Dibuka...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan sekolah akan mula dibuka Isnin...

Aksi Bertemu Iran Adalah...

LEGENDA pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta berikrar Sepanyol akan mengatasi keputusan pada perlawanan...

Cuaca Panas Dijangka Berlarutan...

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas ketika ini berlanjutan...

AS Sertai Misi Cari Mangsa Bot Karam Korea

SEOUL – Pasukan menyelamat Amerika Syarikat (AS) hari ini menyertai operasi mencari 52 orang yang hilang selepas sebuah bot nelayan Korea Selatan karam di perairan beku di luar pesisiran pantai timur Russia.

Pegawai Kementerian Luar Korea Selatan berkata, sebuah pesawat Pengawal Pantai Amerika sudah berada di tempat kejadian di Laut Bering manakala sebuah kapal Amerika yang mempunyai kepakaran dalam operasi mencari dan menyelamat dijangka tiba esok.

Mereka akan menyertai lima kapal yang kini sedang menjalankan usaha mencari sejak bot seberat 1,753 tan, Oryong 501 dengan 60 orang di dalamnya, tenggelam di laut bergelora pada pagi Isnin lalu.

Penemuan empat bot kecemasan yang musnah dan kosong menimbulkan kebimbangan bahawa anggota kru yang hilang itu tenggelam di dalam air bersuhu ais itu ketika bot terbabit karam.


Mereka termasuk 11 warga Korea Selatan, 35 Indonesia, 13 anggota kru Filipina dan seorang warga Russia yang dikenal pasti oleh agensi berita Russia sebagai Inspektor Perikanan.

Mayat seorang warga Korea sudah dijumpai, manakala inspektor Russia dan enam anggota kru asing berjaya diselamatkan.

Menurut Oleg Karev dari Pusat Penyelamat Marin, Pelabuhan Petropavlovsk-Kamchatsky, pasukan penyelamat juga ternampak satu mayat timbul di dalam air di kawasan berkenaan tetapi tidak dapat mencapainya kerana ribut dan laut bergelora. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori