KUALA LUMPUR – Sesi temuduga calon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kelantan yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Januari 2015 ditangguhkan berikutan bencana banjir di negeri itu.
SPA dalam satu kenyataan media memberitahu, urusan tersebut akan ditetapkan pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan nanti.
“SPA juga akan turut menangguhkan semua urusan temuduga pada 4 hingga 7 Januari 2015 bagi calon-calon yang telah dijadualkan temuduga di Kelantan yang terlibat dalam banjir ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon temuduga terbabit yang mahu mendapatkan maklumat lanjut di minta menghubungi SPA di talian utama 03-8885 6000 atau menghubungi Bahagian Pengambilan di talian 03-8885 6014/03-8885 6326.
Kata kenyataan itu, maklumat lanjut boleh juga diperoleh dengan menghubungi talian Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6456 atau emel kepada [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] atau [email protected]. – mynewshub.cc