Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Rayuan BPR Dibuka...

KUALA LUMPUR - Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) masih boleh dibuat secara...

3,000 Penduduk Terputus Hubungan...

DUNGUN: Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan Hulu Dungun terputus hubungan selepas jalan utama...

UMNO Belum Terima Permohonan...

TIMBALAN presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata UMNO belum menerima...

Kementerian Kewangan Lulus Kontrak...

KUALA LUMPUR - Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang dengan pendirian melaksanakan tender...

Sheeda Mahu Anak Daranya Teruskan Legasi Dangdut

Wah, besar sungguh impian penyanyi dangdut, Sheeda menerusi laporan Metro Ahad, hari ini.

Menurutnya, dia mahu anaknya, Nurfazlinda Fazli atau Aleen, 14, meneruskan legasinya dalam irama dangdut.

Secara tak langsung, ia diharap dapat menarik peminat muzik yang sebaya dengannya.

Bakal merakamkan lagu terbaru bersama Aleen tidak lama lagi, Sheeda berkata dia akan ‘melepaskan’ Aleen secara solo selepas dia dikenali nanti.

Kalau diikutkan, irama dangdut seakan-akan mula menyinar kembali apabila ‘otai’nya, Amelina yang telah kembali ke pentas nyanyian selepas berbelas-belas tahun menyepi.

Namun jarang sekali generasi baru seperti Aleen mahu mencuba nasib dalam irama itu, mungkin kerana masih kurang yakin dengan penerimaan masyarakat kini.


Nasihat kami, walau seghairah mana pun mahu bergelar penghibur, pelajaran jangan dilupa ya!

Sebabnya, industri hiburan di negara kita tak menjamin pulangan yang berjuta-juta macam di Hollywood sana… –MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=gPlm3Vo9lpk

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori