Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 1 Cedera...

DUNGUN - Seorang pelajar lelaki cedera di bahagian muka selepas ditumbuk dan disepak...

Statut Rom: Saifuddin Kena...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah diasak pembangkang hari ini dalam...

DAP Marah Hospital Kerana...

KUALA LUMPUR - Wanita DAP Pulau Pinang menyalahkan pihak polis dan Hospital Sungai...

Pilihan Raya PBT: Mustafa...

HARI ini selain kekecohan dalaman parti MIC, Setiausaha Agung dua parti hari ini...

Skuad Harimau Malaya Tunai Solat Bersama PM

Biarpun tanggungjawab menggalas cabaran negara menghadapi Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki edisi 2014 gagal akibat kekalahan semalam, kita berbangga para pemain beragama Islam tidak melupakan kewajipan kepada Allah.

Semalam, sebelum perlawanan bermula para pemain pasukan Harimau Malaya menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Turut sama menunaikan solat ialah Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

MENARIK – Perdana Menteri Bangga Dengan Skuad Harimau Malaya

Mereka menunaikan solat di bilik persalinan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Selesai solat pemain pasukan Malaysia bersama Ketua Jurulatih Dollah Salleh dan serta para pegawai mendengar amanat daripada Najib sebagai persiapan menghadapi pasukan Gajah Perang, Thailand.

HarimauMalaya_3


HarimauMalaya_2

Malam tadi, biarpun mendahului 3-0 dalam perlawanan berkenaan pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF Suzuki kerana tewas menerusi aggregat 3-4 biarpun pada akhir perlawanan Malaysia menang 3-2.

Stadium Nasional Bukit Jalin semalam dipenuhi kira-kira 90,000 penonton yang kebanyakan merupakan penyokong Harimau Malaya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Final Piala AFF Suzuki Cup 2014 Kedua Malaysia Lwn Thailand

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori