Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tentera Hamas-Israel Kembali Bertempur

BANDARAYA GAZA - Tentera Israel dan pejuang Hamas bertempur buat kali pertama sejak...

Banjir Pulau Pinang Soal...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan isu banjir...

Bapa Nafi Viral Anak...

JITRA - Bapa kepada wanita yang viral menerusi laman sosial kerana dikatakan membunuh...

Dewan Rakyat Lulus Bajet...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023...

Skuad Memanah Negara Sasar 4 Pingat Emas AUG Ke-17

PALEMBANG – Skuad memanah negara menyasarkan empat pingat emas dalam acara compound dan recurve pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang.

Pengurus memanah, Suhardi Abdullah berkata beliau optimis skuad compoundwanita negara yang dibarisi tiga atlet kebangsaan iaitu Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Norhayati Al-Madihah Hashim dan Saritha Cham Nong untuk menyumbangkan pingat emas.

Beliau turut meletak harapan tinggi kepada dua atlet kebangsaan, Haziq Kamaruddin dan Atiq Bazil Bakri untuk mempertahankan pingat emas bagi acara recurve itu pada edisi kali ini.

Acara final memanah akan berlangsung di Lapangan Memanah, Pusat Sukan Jakabaring, esok.

“Kami meraih lima pingat emas dalam semua acara yang dipertandingkan dalam kategori compound dua tahun lalu di Laos. Tahun ini, hanya pemanah wanita yang dikekalkan tetapi atlet memanah lelaki sudah berubah, jadi kami lebih berhati-hati untuk meletakkan sasaran.

“Saya yakin dengan kemampuan pemanah lelaki negara (acara compound) dan saya percaya mereka mampu memberikan pingat bagi acara berpasukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Kontinjen Malaysia mengungguli acara compound dengan meraih lima pingat emas dalam kategori individu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki, wanita serta bercampuran manakala acara recurve pula, skuad negara meraih satu pingat emas dalam kategori berpasukan lelaki dua tahun lepas.

“Kalau boleh saya mahu skuad compound mengekalkan lima pingat emas yang diraih ketika di Laos dua tahun lalu, tetapi mungkin sukar kerana Indonesia sudah tentu selesa beraksi di tempat sendiri.

Kami juga tidak boleh memandang rendah dengan atlet-atlet dari negara lain seperti Singapura dan Laos. Bagi Haziq dan Atil yang meraih pingat emas pada Sukan SEA 2013 dan perak pada Sukan Asia 2014 saya harap mereka boleh lakarkan sesuatu di sini nanti untuk acara recurve,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori