Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kurang Daripada 24 Jam...

SINGAPURA - Hari ini merupakan waktu 'bertenang' bagi Singapura selepas sembilan hari calon-calon...

Bapa Tiri Ditahan Berhubung...

LABUAN - Seorang bapa tiri berusia 39 tahun ditahan berhubung kes rogol melibatkan...

106 Kes Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR - Terdapat 106 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif...

Jangan Buang Barangan Elektrik...

Melihat barang rumah tunggang langgang seperti peti ais dan TV terbalik serta tersadai,...

Skuasy Wanita Dunia 2014: Nicol, Wee Wern Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David dan rakan senegara, Low Wee Wern mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 di Wadi Degla Club di Kaherah, Mesir.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu, yang memburu kejuaraan dunia yang kelapan, mengambil 42 minit untuk mengatasi saingan yang diberikan pemain muda England, Emily Whitlock dengan 12-10, 11-9 dan 11-1 pada pertemuan kedua Selasa.

“Beliau pemain yang sangat taktikal, cepat dan pantas. Ia adalah perlawanan yang sangat bagus bagi kami.

“Beliau sentiasa mahu menyerang bila adanya peluang. Jadi, saya cuba mengawal permainan dan menangkis serangannya,”kata Nicol seperti yang dipetik dalam laman web kejohanan itu www.squashsite.co.uk.

Dalam perlawanan sengit itu, pemain muda berusia 20 tahun itu berjaya memberi cabaran hebat kepada Nicol dalam dua set pertama.

Emily mengutip mata demi mata namun Nicol berjaya mengatasinya dengan 12-10, dan 9-8 dalam set kedua sebelum kembali mendahului dengan 11-9 dalam set ketiga.

Nicol akan bertemu pemain Perancis, Camille Serme selepas pemain pilihan keenam itu mengalahkan Emma Bedoes dari England dengan 11-5, 11-13, 11-4 dan 11-4.


Pemain nombor dua negara, Low Wee Wern pula terpaksa berdepan cabaran sengit daripada pemain India, Joshna Chinappa sebelum menang dengan 6-11, 11-3, 11-13, 11-7 dan 11-8.

Mengenai kemenangannya, Wee Wern yang buat pertama kalinya bermain dalam gelanggang kaca, berkata beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan.

“Saya tidak bergerak bebas, pergerakan saya terbatas… saya bergantung kepada kekuatan mental dan penguasaan skuasy.

“Joshna bermain dengan baik hari ini, saya rasa beliau benar-benar mahu menjadi pemain pertama India yang mara ke suku akhir dunia. Beliau bermain dengan amat baik hingga menyukarkan permainan saya,” kata Wee Wern.

Wee Wern akan bertemu dengan pemain pilihan ke-10, Omneya Abdel Kawy dari Mesir, yang mengalahkan rakan senegaranya Nouran Gohar dengan 13-11, 11-6 dan 13-11. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori