Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ingat Penyokong Myanmar, Megat...

KECOH apabila netizen dikejutkan dengan penularan sebuah video yang memaparkan penyokong Myanmar teruk...

“Syarat Baru E-hailing Tak...

PETALING JAYA - Pemandu kelainan upaya perkhidmatan e-hailing mengadu berdepan kesukaran dengan keputusan...

Eiii, Tidak Pernah Cuci...

Pelik dan geli betul dengar kisah ini.Percayakah anda terdapat seseorang lelaki yang malas...

MyTeksi Hanya Guna Teksi...

GEORGETOWN - MyTeksi, aplikasi pengangkutan darat terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa semua...

Tahniah Skuasy Wanita.. Lakar Sejarah Mara Ke Final!

KUALA LUMPUR – Malaysia membuka lembaran baharu dalam sukan skuasy apabila buat pertama dalam sejarah melangkah ke final Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2014 di Kanada, lewat Jumaat.

Skuad negara, diketuai oleh Datuk Nicol David, melakukan kejutan besar dengan menewaskan juara bertahan Mesir 2-0 dalam perlawanan separuh akhir penuh dramatik di Pusat Skuasy Mark Sachvie.

Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, membuka gelanggang dengan aksi cemerlang apabila menundukkan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, 11-3, 8-11, 11-7 dan 11-9 dalam pertarungan selama 54 minit.

Pemain nombor dua negara, Low Wee Wern, mengesahkan slot Malaysia ke final buat pertama kali sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1979, apabila terpaksa berhempas pulas selama 86 minit untuk meraih mata berharga itu.

Wee Wern, yang juga pemain nombor tujuh dunia, menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan pemain nombor empat dunia, Nour El-Sherbini, yang juga bekas juara remaja dunia tiga kali, 11-9, 8-11, 11-2, 7-11 dan 11-9.

Sementara itu, Nicol berkata beliau begitu gembira untuk mendapatkan mata pertama untuk Malaysia.

“Membawa kemenangan untuk Malaysia adalah satu perasaan hebat bagi saya,” Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman web kejohanan, www.wwt2014squash.com.


Dalam pada itu, Wee Wern dipetik sebagai berkata: “Ia adalah sungguh hebat untuk melangkah ke final buat kali pertama.

“Saya amat bangga dengan Nicol. Selama ini, beliau telah membawa kejayaan untuk kita semua dan pemain lain dalam pasukan mengecewakannya. Kini akhirnya kami melakukannya untuk dia.”

Malaysia, selaku pasukan pilihan ketiga, akan menghadapi saingan hebat pada final apabila bertemu finalis 2012, England, yang juga pilihan kedua, lewat Sabtu.

England, yang kalah kepada Mesir pada final edisi 2012, mengatasi Hong Kong 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan ini ialah tempat ketiga pada empat edisi lepas iaitu pada — 2006, 2008, 2010 dan 2012.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori