Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Netizen Bangga Jaringan Faiz...

KUALA LUMPUR - Gol 'melanggar hukum fizik' oleh penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz...

Kad Pengenalan Biru Kepada...

KAMPAR - Pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan...

‘Jangan Keluar Fatwa Sebelum...

SIBU - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, Pejabat Mufti Sarawak...

Jemaah Malaysia Mesti Patuhi...

SUNGKAI - Semua jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan ibadah itu pada musim...

SPRM Pahang Tahan 16 Individu Terlibat Kes Rasuah Tahun Ini

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan 16 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah rasuah tahun ini, kata pengarahnya, Zainul Darus.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 17 pertuduhan dibawa ke mahkamah atas kesalahan memberi dan menerima rasuah, membuat tuntutan palsu dan penyalahgunakan kuasa.

Katanya kejayaan SPRM turut melibatkan kerjasama orang awam yang turut membantu memberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang terlibat melakukan rasuah.

“Sehubungan itu saya berharap orang awam jangan takut untuk tampil membuat aduan kepada SPRM jika ada mana-mana pihak terlibat dalam memberi dan menerima rasuah kerana kita memerlukan kerjasama orang ramai dalam usaha memerangi gejala rasuah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Larian Hapuskan Rasuah oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di Taman Gelora, dekat sini hari ini.

Kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan larian sejauh 3.2 kilometer itu anjuran bersama SPRM, Parti Gerakan, Majlis Perbandaran Kuantan dan kerajaan negeri.

Zainul berkata larian yang dianjurkan sempena Hari Anti Rasuah sedunia yang disambut pada 9 Dis setiap tahun itu bertujuan menarik semua lapisan masyarakat
memerangi rasuah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori