Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PH Diharap Beri Lebih...

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap agar kerajaan Pakatan Harapan...

Wak Doyok Didakwa Guna...

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari...

250 Rumah Atas Air...

SEMPORNA - Kira-kira 250 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau...

Le Pen Boleh Menang...

PARIS - Dengan jurang pilihan raya kini semakin rapat dan pencabar utamanya terbabit...

Stadium Piala Dunia Brazil Mungkin Jadi ‘Gajah Putih’

SAO PAULO (BRAZIL) – Lima bulan selepas Piala Dunia 2014 Brazil melabuhkan tirai, purata kehadiran penonton di stadium baharu yang dibina atau dibaik pulih untuk kejohanan berprestij itu menunjukkan peningkatan.

Begitupun, menurut pakar dan kajian yang dibuat, wujud kebimbangan di mana stadium yang dibina di bandar yang tidak memiliki tradisi bola sepak dan kelab besar mampu menjadi projek yang gagal atau ‘gajah putih’.

Secara purata, kehadiran dalam semua perlawanan di kesemua 12 stadium adalah 18,300 penonton, lebih daripada 16,562 penonton yang direkodkan dalam Serie A Brazil sebelum ini, menurut statistik yang dikumpulkan akhbar Folha de S.Paulo and Lance!

Malah, kehadiran bagi perlawanan divisyen pertama di stadium yang baru adalah dua kali ganda berbanding stadium lama namun hanya tiga daripada venue baru iaitu di Sao Paulo, Belo Horizonte dan Manaus yang dianggap secara konsisten mencapai separuh daripada kapasitinya.

Di kawasan yang tidak memiliki tradisi bola sepak pula, kehadiran penonton boleh mencecah 354 penonton dan keadaan di Salvador, Recife dan Natal pula menyaksikan setiap perlawanan kebiasaannya disaksikan kurang daripada 10,000 penonton.

“Kami amat pasti beberapa stadium ini akan menjadi projek gajah putih,” kata ketua firma pemasaran sukan, Pluri, Fernando Ferreira, yang bertindak mengawasi perbelanjaan bola sepak di Brazil.


“Jumlah orang yang pergi menyaksikan perlawanan meningkat, ia tidak dinafikan. Persoalan besar adalah mengenai masa depan. Adakah mereka mampu menjana wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan mereka? Semua petunjuk memberikan jawapan ‘tidak;,” katanya.

Brazil membina atau membaik pulih 12 stadium yang memakan kos 3.17 billion dolar (RM11.09 billion), lebih 50 peratus daripada perbelanjaan yang pada awalnya dirancang.

Purata kehadiran penonton ketika Piala Dunia ialah 53,592, rekod kedua terbanyak dalam sejarah penganjurannya dan sejak itu, kelab seperti Cruzeiro dan Corinthians mendapat peratusan kehadiran penonton melebihi 30,000, sekalipun mereka mengenakan harga tiket yang tinggi.

Kehadiran penonton di Manaus juga tinggi dengan secara purata mencatatkan 27,759 kehadiran dan sekalipun tiada pasukan besar bermain di bandar itu, pasukan seperti Botafogo, Flamengo dan Vasco da Gama yang memindahkan laman mereka ke Arena Amazonian cukup membantu. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori