Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mujahid Tak Wajar Berselindung...

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Menteri...

Ketengahkan Isu-Isu Semasa Yang...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta semua pembicara dan...

Pekerja Kedai Dijel 4...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah...

Belanjawan 2021: Medan Ujian...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan...

Stesen Radio Didenda RM10 Ribu Panggil Reza Aslan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan denda sebanyak RM10,000 kepada sebuah stesen radio Malaysia berhubung wawancara yang diadakan bersama sarjana Iran-Amerika, Reza Aslan.

Siaran wawancara pada 21 Oktober tahun lepas ini, telah menimbulkan kontroversi apabila Reza bercakap mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’.

Semasa temu bual dijalankan, Reza telah mengkritik larangan kerajaan mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam .

Disamping itu, dia yang merupakan sarjana Islam menyelar keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes yang melibatkan mingguan Katolik Herald ini sebagai ‘keputusan politik’.

Menurutnya, orang Kristian di Timur Tengah sememangnya menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan isu kalimah ini tidak memberi sebarang ancaman kepada agama Islam.

Bagaimanapun, menurut laporan portal berita, stesen ini telah dikenakan denda di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar Syarat Khas Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).


Syarat ini memerlukan kelulusan pengawal selia sebelum menyiarkan mana-mana siaran langsung atau tertangguh.

Selain itu, stesen radio tersebut turut didakwa melanggar Seksyen 206 (3) akta yang sama.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO TEMU BUAL REZA ASLAN DENGAN CNN

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori