Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PN Ikrar Bakal Ubah...

KLUANG: Perikatan Nasional (PN) berikrar akan mengubah landskap pentadbiran Negeri Johor yang berintegriti...

Pameran Ternakan, Festival Makanan...

PUTRAJAYA - Pameran dan Persidangan Ternakan Malaysia 2017 yang akan turutĀ melibatkan Festival Makanan...

Selangor Umum 13 Disember...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor mengumumkan 13 Disember ini sebagai Hari Kelepasan Am...

Tun M & KJ.....

Kebanyakan pihak sedia maklum mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Belia...

Stoke City Gah Atasi Arsenal 3-2: Liverpool Hanya Seri

STOKE – Stoke City memberi Arsenal satu lagi kekalahan mengecewakan di Stadium Britannia apabila tuan rumah menang 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Peter Crouch mengejutkan The Gunners dengan gol seawal minit pertama dan tuan rumah menyambung usaha gigih mereka mendominasi babak pertama ketika Bojan Krkic menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-35 sebelum Jonathan Walters merembat gol ketiga pada minit ke-45.

Arsenal mendapat sepakan penalti pada minit ke-68 dan Santi Cazorla menyempurnakan dengan baik untuk memberikan pelawat harapan untuk bangkit.

Aaron Ramsey kemudian menolak masuk gol kedua Arsenal dua minit kemudian tapi pertahanan Arsenal, Calum Chambers dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-78.

Dalam perlawanan lain, Liverpool gagal mengaut peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mampu seri 0-0 ketika menentang Sunderland. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori