Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Dakwa Rayer Hina UMNO,...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada sesi petang kecoh seketika apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman...

Minimunkan Rugi, Produk Vape...

PETALING JAYA - Kedai menjual rokok eletronik atau vape di Batu Pahat menawarkan...

Letupan Di Brussels: Peringatan...

PUTRAJAYA - Insiden letupan bom di Brussels, Belgium menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia...

UK Sahkan 3,201 Lagi...

LONDON: Sejumlah 3,201 kes varian Omicron dikesan di United Kingdom (UK), menjadikan jumlah...

Suami Bakar Diri Dan Isteri Hidup-Hidup Kerana Cemburu Buta

TAIWAN – ‘Malam ini, semua orang akan mati bersama-sama’ merupakan jeritan akhir oleh seorang suami sebelum dia membakar diri dan isterinya hidup-hidup di rumah mereka.

Kejadian berlaku selepas Hsu Chung, 61, dikatakan terlalu cemburu terhadap tindakan isterinya, Li, 55, yang melayan pelanggan lelaki di restoran milik wanita berkenaan.

Malah akibat cemburu yang keterlaluan, dia sering dilihat mengekori Li dan mengintip wanita itu di restoran terbabit.

Menurut jiran mereka, Chou Lo, 45, pasangan itu juga sering bergaduh dan kejadian tragis itu merupakan pengakhiran kepada pergaduhan berkenaan.

“Malam tadi mereka juga bergaduh dan kami kemudiannya menghidup bau asap. Kami kemudiannya melihat seluruh bangunan itu terbakar,’’ katanya.


Kebakaran tersebut menyebabkan bomba mengambil masa selama sejam untuk memadamkan api dan mereka menemui mayat pasangan suami isteri itu serta tin mengandungi minyak tanah.

Dalam pada itu, anak lelaki pasangan berkenaan, Hsu Tang, 30, berkata, dia sering merayu kepada ibunya agar keluar dari rumah terbabit kerana tidak tahan melihat kedua-duanya sering bergaduh.

“Saya sendiri keluar dari rumah itu setahun lalu kerana saya tidak tahan dengan pergaduhan mereka.Saya juga merayu kepada ibu agar keluar dari situ apabila saya mendapat tempat tinggal yang lain, namun dia enggan,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori