Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Chong Wei Perlu Kuatkan...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei perlu kekuatan mental...

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu...

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mior Rosli Mior Mohd Jaafar melihat...

Kalimah Allah: Menteri UMNO...

PETALING JAYA – Menteri-menteri UMNO akan membangkitkan semula isu penggunaan Kalimah Allah untuk...

Rumahtangga Berantakan Lagi, Yatt...

USAHA pelakon manis Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor yang sebelum...

Suami Tikam Isteri Kerana Usik Kelakiannya

India- Gurauan sepasang suami isteri di dapur akhirnya bertukar menjadi tragedi mengejutkan apabila si suami, Ganpat Vaz, 40, telah menikam isterinya dengan pisau sepanjang lima inci, hanya disebabkan wanita itu mengusik mengenai kelakiannya.

Ketika kejadian, Ganpat sedang memotong timun untuk memasak sayur goreng bersama isterinya, Suman, 38.

Secara tiba-tiba Ganpat kemudiannya mengambil pisau dalam laci dan menikam bahu wanita itu, sebelum melarikan diri.

Suman yang terkejut telah berlari ke rumah jiran mereka bagi mendapatkan bantuan ketika pisau itu masih tertusuk di bahunya.

Nasib baik pisau itu tidak merosakkan arteri penting dan dia juga tidak bertindak mencabut pisau berkenaan.


“Saya tidak percaya dia melakukan perkara ini kerana dia tidak pernah berlaku ganas sebelum ini, malah kami sering bergurau dalam dapur.

“Saya tidak faham apa yang menyebabkan dia marah sangat,’’ kata Suman.

Ganpat telah ditahan dan telah meminta maaf atas perbuatannya itu namun polis akan tetap meneruskan pendakwaan ke atasnya.

https://www.youtube.com/watch?v=8xMZfFuU0PY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori