Tidak dinafikan begitu banyak sumbangan yang didermakan oleh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas teruk pada saat ini.
Ia termasuklah bekalan makanan utama seperti beras dan minuman serta barangan keperluan harian.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian status Nur Rafraf Ahmad di akaun Facebooknya, ada mangsa yang memohon supaya diberikan lebih banyak makanan yang ringkas dan sudah sedia untuk dimakan.
Bukan bermaksud untuk demand, tetapi tidak semua tempat mangsa berlindung mempunyai dapur atau gas untuk memasak.
Mungkin ia lebih mudah dilakukan di pusat pemindahan, namun bagi mangsa yang masih berlindung di rumah atau di bukit, ia menjadi masalah buat mereka.
Pada masa yang sama, mereka juga memerlukan bekalan air bersih khususnya air mineral.
Diharap dengan makluman ini, lebih banyak makanan sedia dimakan akan disumbangkan kepada mangsa banjir ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA