Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemansuhan Surcaj Bahan Api...

KUALA LUMPUR - Langkah syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, memansuhkan surcaj bahan api...

MABA Tamat Khidmat Kontraktor...

KUALA LUMPUR - Kontraktor produksi siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala...

Tiada Bau Busuk Ketiak...

JAKARTA - Satu aplikasi tempahan teksi motosikal yang baharu di ibu kota Indonesia...

Polis Thai Tangkap Penjenayah...

HATYAI - Seorang ketua kongsi gelap 'Geng 04' warga Malaysia yang menjadi buruan...

Sukar Ramal Pasukan Juara Musim 2015 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan Liga Malaysia 2015 yang paling kompetitif dalam sejarah bola sepak negara.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, persaingan musim depan menyaksikan lebih ramai pemain import berkualiti beraksi dalam banyak pasukan.

“Pelaburan besar yang dibuat banyak pasukan sukar meramalkan pasukan juara. Mendahului senarai pasti Johor Darul Takzim (JDT), Pahang, Terengganu, Felda, PDRM, Sime Dabry antara pencabar hebat di Liga Super.

“Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan JDTII di Liga Perdana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Annuar meminta pegawai dan pemain pasukan Kelantan membina disiplin dan ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi senario itu.

Menurutnya, jurulatih Kelantan juga perlu mencorakkan pasukan dengan taktikal yang bagus untuk aksi musim depan.

“Jika kita hanya dengan corak biasa kita bakal kecewa,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori