Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Van Jenazah Mula Tiba...

KUALA LUMPUR - Van jenazah dilihat mula tiba di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur...

Lebih 100,000 Tandatangan Desak...

SHAH ALAM - Satu petisyen dalam talian dilancarkan bagi mendesak Menteri Kanan, Mohamed...

Tempoh Berkurung Di Esszone...

KUDAT - Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah...

Mesin Permainan Anak Patung...

SHAH ALAM: Mesin permainan anak patung kanak-kanak atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam...

Sultan Pahang Berangkat Ke Acara Perarakan Bot Berhias

KUANTAN – Lebih 30,000 rakyat negeri ini membanjiri Taman Esplanade di sini malam tadi bagi menyaksikan acara perarakan 30 bot berhias yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Terdahulu, Sultan Ahmad Shah, diiringi Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom berkenan berangkat ke acara tersebut bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Jebasingam Issace John.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan merasmikan mercu tanda Bandar Kuantan yang baharu dan dinamakan sebagai ‘Junjung Duli’.

Mercu tanda itu dibina dengan menggunakan bahan keluli tahan karat yang direka bentuk menjadi gading yang unik dengan kos RM500,000.

Acara kemuncaknya adalah persembahan bunga api berirama selama 30 minit  yang didatangkan khas dari Putrajaya.


Acara turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada beberapa artis tempatan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman ketika ditemui pemberita selepas acara tersebut berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua rakyat yang hadir bagi memeriahkan acara.

“Memang di luar jangkaan. Tidak mustahil acara ini boleh dijadikan acara tahunan namun kita akan buat kajian secara terperinci dahulu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori