Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda sudah ‘penat’ dengan permainan politik di Selangor dan mahu melihat hasil pemerintahan dan pentadbiran yang baik.
MENARIK  – Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran ‘Datuk Seri’ Dari Anwar
Justeru, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan negeri diingatkan supaya bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan baik negeri itu.
“Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat.
“Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang,†titah Sultan Sharafuddin sempena ulang tahun baginda ke-69, hari ini.
Memetik laporan portal bnbbc.my, baginda jelas tidak mampu menyembunyikan rasa kecewanya terhadap krisis pelantikan MB yang berlaku di negeri itu ketika mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sultan Sharafuddin juga mengingatkan pemimpin Selangor supaya mengelak daripada membuat keputusan atau kenyataan yang hanya nampak popular di mata rakyat.
“Jangan cuba menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat,” titahnya.
Mengulas berkenaan suasana politik tidak menentu yang membawa kepada pelantikan Azmin, Sultan Sharafuddin berpendapat proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan.
Kebimbangan baginda adalah, krisis yang berlaku semasa peralihan jawatan MB telah menjejaskan sedikit sebanyak fungsi kerajaan negeri.
Sultan Sharafuddin menegaskan, gangguan terhadap pentadbiran negeri itu disifatkan ‘sangat, sangat mementingkan diri sendiri’.
Baginda turut akui, terkejut apabila pertama kali mendengar tentang Langkah Kajang, cara PKR bagi memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan, seterusnya menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ