Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wanita Tanggal Baju Di...

KUALA LUMPUR - Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan...

2,025 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,025 kes baru Covid-19 dikesan semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif kini berjumlah...

Permohonan ‘Habeas Corpus’ CEO...

JOHOR BAHRU : Permohonan habeas corpus dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH)...

Isteri Kedua Ashraf Muslim...

WAH, meriah industri hiburan apabila seorang lagi selebriti dilaporkan sudah selamat menimang cahaya...

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran ‘Datuk Seri’ Anwar

Darjah kebesaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini ditarik kembali oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam satu kenyataan dari Istana Selangor pada hari Khamis, penarikan kembali gelaran tersebut berkuatkuasa 3 November lalu.

KenyataanSultan_2

Memetik kenyataan tersebut, “Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor memutuskan Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014, selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.”

Tindakan tersebut dilakukan kerana Anwar sering mempersoal kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja ketika krisis menteri besar berlanjutan sebelum ini.


IMG-20141204-WA0005

Untuk rekod, Anwar memiliki sekurang-kurangnya tiga lagi anugerah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’, iaitu dari Negeri Sembilan, Pulau Pinang (Datuk Seri Utama) dan Sabah (Datuk Seri Panglima).

Bekas Menteri Kewangan itu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri – Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori