KUALA LUMPUR – Syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 201,440 sehingga 10 Dis, peningkatan sebanyak 4,008 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat yang mendaftar untuk GST kini sudah melepasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 sehingga akhir tahun ini.
Perniagaan dengan jumlah jualan tahunan kurang daripada RM500,000 juga digesa mendaftar untuk GST sebagai persediaan apabila pendapatan mereka melepasi RM500,000 pada masa depan.
Mereka perlu mendaftar selewat-lewatnya pada 31 Dis, 2014 untuk sistem percukaian baharu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA