Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Lupus Mesin Judi...

KUALA LUMPUR- Sebanyak 1,006 unit mesin judi bernilai RM3.01 juta yang dirampas dalam...

Wanita Dipercayai Dera Kanak-Kanak...

IPOH - Seorang wanita dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga mangsa...

Laluan Menuju Desa Pinggiran...

SEPANG - Sebuah treler terbabas di persimpangan lampu isyarat Kampung Jenderam Hilir di...

Kelantan Waspada Kebangkitan Sarawak

KOTA BAHARU - Tiga pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin...

Syarul Ridzwan Cerita Detik Cemas Ketika Kemalangan

PETALING JAYA – Pelakon Syarul Rizwan memberitahu pengalaman terlibat dalam kemalangan di Sungai Ujong, Seremban pada petang Khamis lalu sebagai sesuatu kejadian paling buruk yang pernah dialaminya.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 25, berkata, dalam kejadian tersebut dia menyangka bahawa kereta jenis Honda City yang dipandu itu bakal meletup selepas berpusing beberapa kali dan terbalik.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Street Vendetta di Kuala Linggi, kemudian saya mahu pulang ke Bangi dan mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dalam kerana Lebuhraya Plus sesak teruk.

Syarulkete
Keadaan kereta Honda City yang dipandu Syarul ketika terlibat kemalangan.

“Ketika itu hujan lebat dan saya memandu dengan perlahan kerana jalan licin, selepas terlanggar pembahagi jalan kereta saya berpusing dua kali.


“Saya sedar waktu kereta berpusing dan bila sudah terbalik, asap keluar banyak dalam kereta, saya mengucap dan buka tali pinggang keselamatan kemudian merangkak keluar kerana takut kereta meletup,” ujarnya.

Syarul berkata, dia mematikan enjin kereta beberapa saat selepas berjaya keluar dari kenderaan itu.

Sementara itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

“Alhamdulillah, saya tiada kecederaan teruk cuma ada luka di gegendang telinga sebelah kiri dan kanan. Telinga saya berdesing dan tidak boleh dengar bunyi yang terlalu kuat,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori