KUALA LUMPUR: Malaysia membuat Vietnam gigit jari selepas menang besar untuk gah layak ke final bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium My Dinh, malam ini.
Meskipun tuan rumah, Vietnam jadi pilihan dalam separuh akhir kedua, anak didik Dollah Salleh membuat kejutan untuk menang 4-2 dan layak dengan agregat 5-4.
Gol Harimau Malaya adalah sumbangan Safiq Rahim, m-4, Norsharul Idlan Talaha (m-16), jaringan sendiri oleh Dinh Tien Thanh (m-29) dan Shukor Adan (m-43).
Vietnam merapatkan jurang dengan dua gol sumbangan Le Cong Vinh pada minit ke-22 dan 79.
Dalam perlawanan akhir timbal balik 17 Disember ini, Malaysia akan menentang Thailand yang telah menewaskan Filipina dengan agregat 3-0 di Bangkok, semalam.
SKUAD PEMAIN
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mo hamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar),Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha
VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien,Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung
PENGADILl: Toma Masaaki (Jepun)
– BERITA HARIAN ONLINE