Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Patuhi Aspek Keselamatan Penumpang...

MELAKA - Pengusaha bot dan feri yang membawa penumpang ke Pulau Besar di...

Guru Diperintah Bela Diri...

PUTRAJAYA - Seorang guru sekolah diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari...

Lelaki Maut Tersepit Kerusi...

SIAPA sangka kedatangan ke panggung wayang untuk berhibur menonton filem bertukar tragedi apabila...

TH Sah Penerbangan Pertama...

SEPANG - Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 14 Julai ini,...

Tak Tolak Kemungkinan Pembalakan Punca Banjir Besar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan bencana banjir besar yang melanda negeri itu disebabkan oleh aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembalakan tidak terkawal itu bagaimanapun berpunca daripada aktiviti haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sistem pembalakan di Kelantan mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara.

“Kejadian pembalakan yang tidak terkawal jika berlaku mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Ahmad, kerajaan Kelantan akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menangani aktiviti pembalakan haram selepas ini.


Beliau turut mengingatkan bahawa banjir boleh juga berlaku disebabkan fenomena limpahan air hujan yang berlebihan.

Menurutnya, kerajaan Kelantan dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.

Namun, katanya, kerja pemulihan itu memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori