ZAMAN sekarang ini bermacam-macam pekerjaan baharu timbul yang mana sebelum ini mungkin tidak pernah terlintas di fikiran pun.
Macam seorang lelaki dari New York ini yang mula mengusahakan perkhidmatan penyimpanan telefon bimbit untuk pelajar sekolah.
John de La Puente menyedari kebanyakan pelajar sekolah menghadapi kesukaran apabila sekolah mereka tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.
Jadi, dia mula merangka satu perniagaan yang akhirnya berjaya mendatangkan keuntungan kepadanya dari masa ke semasa.
Pelajar sekolah mula berminat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan John, dengan menggunakan sebuah van, Safe n Secure Cellutions LLC merupakan pusat stor untuk menyimpan telefon bimbit pelajar-pelajar sekolah di sekitar kota Big Apple itu.
Sebelum memulakan sesi persekolahan mereka, pelajar-pelajar akan berbaris di hadapan van untuk meninggalkan telefon, kemudian mereka akan diberikan tiket yang mana boleh digunakan untuk mendapatkan kembali alat komunikasi masing-masing.
Kos perkhidmatan yang ditawarkan syarikat John ini adalah di antara USD$3 hingga USD$5 (RM10.50-RM17.50) untuk tempoh seminggu perkhidmatan. – MYNEWSHUB.CCÂÂ
https://www.youtube.com/watch?v=2Bd4V5JTSqk