Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Biar Betul…Mona Lisa Adalah...

Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia 'Mona Lisa' tidak perlu disangkal lagi.Lihatlah ajaibnya lukisan...

RCI Siasat Memali Ditubuhkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia meneliti keperluan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)...

Saya Tak Pernah Minta...

KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, beliau...

Kebakaran Kapal Perang Indonesia...

MAKASSAR: Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut memaklumkan kebakaran melibatkan kapal perang KRI...

Tawaran Rebat Mitsubishi Malaysia Sempana Hujung Tahun

Sempena tahun 2015 yang kurang dari 10 hari lagi, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dilihat menawarkan rebat sehingga 7 ribu bagi kenderaan yang terpilih sehingga 31 Disember 2014.

Melalui tawaran yang diberikan, Mitsubishi ASX  yang dijual pada harga RM114 ribu (2WD) dan RM128 ribu (4WD) akan ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM4,000.

Pembelian ASX yang dijana dengan enjin 2.0 liter MIVEC ini turut disertakan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

Bagi peminat kenderaan 4×4, Triton VGT GS yang berharga RM107 ribu, kini pengguna dapat memperoleh rebat tunai sehingga RM6,000.

Mitsubushi Triton VGT GS ini dikuasakan dengan enjin diesel 2.5 liter yang dapat menjana kuasa kuda sebanyak 178ps bersama tork 350Nm, sistem Variable Geometry Turbo (VGT) menawarkan pemanduan hebat bersama penjimatan bahan api.

Sejak 2005, MMM telah menjual lebih 82,000 unit kenderaan di Malaysia dan sehingga kini, Mitsubishi Motors memiliki 56 bilik pameran bersama 47 cawangan perkhidmatan di seluruh Malaysia.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen yang dijalankan, sila layari Mitsubishi Malaysia atau di Facebook MMM.

Sumber: Mitsubishi 

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori