Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Thailand Haramkan Dron Tak...

BANGKOK - Suruhanjaya Telekomunikasi dan Penyiaran Nasional (NBTC) telah mengeluarkan arahan bahawa semua...

“Isu Tanah Tuduhan Palsu,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar Tan Sri Rafidah...

Komander Esscom Puas Hati...

LAHAD DATU - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul...

Kaki Judi Beralih Ke...

KUALA LUMPUR - Kaki judi kini beralih ke ruang pejabat dan apartmen untuk...

Tebusan Berjaya Lepaskan Diri, Pelajar Cemerlang

INSIDEN lelaki bersenjata menawan sebuah kafe di Lindt, Sydney, Australia yang berlaku semalam sememangnya mengemparkan satu dunia.

Mana tidaknya, lelaki bersenjata tersebut bertindak menahan 17 orang awam yang berada di tempat kejadian sebagai tebusan.

Namun dalam insiden penuh cemas tersebut, siapa sangka salah seorang tebusan wanita berjaya meloloskan diri daripada tawanan lelaki bersenjata kelahiran Iran tersebut.

Wanita tersebut adalah Elly Chen, yang merupakan pelayan dalam premis berkenaan.

Elly yang juga merupakan penuntut sebuah universiti terkemuka dan ahli sukan berkemahiran, dikatakan berlari keluar dari kafe tersebut kira-kira pukul 5 petang (2 petang waktu Malaysia).

Keberanian wanita tersebut mendapat perhatian hingga namanya disebut-sebut di laman sosial.

Rata-rata masyarakat meluahkan rasa kesyukuran kerana dia selamat tanpa sebarang kecederaan.

Menurut profil LinkedIn, Chen merupakan pelajar Aktuari dan Kewangan di University of New South Wales.


Dia juga merupakan atlet peringkat kebangsaan, selain turut berkhidmat sebagai pengajar renang dan tenis di alma mater beliau, Kolej Presbyterian Ladies di Sydney.

Meskipun aktif bersukan di peringkat kebangsaan dan negeri, Chen nyata mampu mengimbangi hidupnya dengan cemerlang apabila berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat markah Australian Tertiary Admission Rank.

Dalam drama semalam, tebusan orang awam hanya berjaya diselamatkan selepas lebih 16 jam apabila pihak polis Australia bertindak merempuh masuk ke kafe tersebut.

BACA: Cerita Perihal Suspek Tebusan Sydney, Man Haron Monis

Selain Chen, terdapat empat lagi tebusan yang berjaya melepaskan diri daripada terus ditawan.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO KEJADIAN 


Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori