Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor Titah Segerakan...

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya segera diwujudkan jawatankuasa...

Rahsia Bau Harum 30,000...

RIYADH - Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Masjidil Haram...

Bantuan Komputer Riba Untuk...

PUTRAJAYA - Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat...

Pemandu Lori Didenda RM2,000...

BUTTERWORTH : Seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret (Munisipal) di sini...

Tengku Abdullah: Pindah Sebelum Keadaan Buruk

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati penduduk di kawasan yang berisiko mengalami banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Baginda bertitah ia bagi memudahkan pihak dan agensi yang terlibat dalam urusan pemindahan.

“Saya ingin menasihat juga kepada semua penduduk secara langsung atau tidak langsung dalam soal pemindahan supaya dapat pindah secepat mungkin. Jangan sudah terdesak, baru nak pindah kerana ini boleh menyusahkan ramai pihak,” titah baginda kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini malam tadi.

Pusat itu menempatkan 545 orang terdiri 149 keluarga.

Baginda turut menasihati penduduk di pusat pemindahan supaya bersabar dan menerima segala keperluan yang disediakan kerajaan negeri.


“Saya percaya kerajaan negeri sedang berusaha untuk memberi segala keperluan yang mencukupi dan melakukan pengurusan dengan lebih teratur,” titah baginda.

Mangsa banjir di Pahang dilapor meningkat kepada 2,386 orang daripada 560 keluarga di lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis.

Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis merupakan daerah terbaharu yang dinaiki banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori