Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

RTM Siar Secara Langsung...

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga...

Tragedi Go-Kart: UTM Peroleh...

KUANTAN - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan...

VIDEO : Bahaya!! Tahap...

TUMPAT (Kelantan) - Kadar umur bermulanya penagihan dadah di Malaysia kini berada pada...

Polis Pantau 23 Kawasan...

SELAMA - Polis mengenal pasti 23 kawasan panas di Perak untuk...

Terharu…Tunang Shafiqa Janji Untuk Setia

Tersentuh hati kami mendengar pengakuan luhur tunang kepada gadis cantik yang ditoreh mukanya oleh penyamun tidak berperikemanusian baru-baru ini di Kota Bharu.

Tunang mangsa, Mohd. Azijja Zafran Zahrani, 24 berjanji akan terus setia bersama insan tersayang meskipun gadis tercinta berkemungkinan akan mempunyai parut kekal di wajahnya.

Mohd. Azijja juga turut meluahkan tekadnya untuk berada disamping tunangnya, Nur Syafiqa Lah dalam menempuh apa jua keadaan masa hadapan.

Pasangan ini dikatakan  mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa pada April lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Screen Shot 2014-12-03 at 1.10.53 PM

Memetik laporan portal Oh Media!, pemuda itu akui kini dia ingin memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunang tercintanya.

‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’  ujar Mohd Azijja.

Mohd. Azijja Zafran Zahrani

 


Sementara itu, Mohd Azijja turut memberitahu dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.

‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.

Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.

Nur Syafiqa mengalami pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh penyamun yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.

Terharu mendengar pengakuan Mohd Azijja. Semoga Nur Syafiqa segera pulih dan sihat seperti selalu. – MYNEWSHUB.CC

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • cinta

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori