Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hadiahkan Nora Quran: ‘Moga...

GENAP seminggu sudah komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga merupakan suami kepada penyanyi,...

Operasi Bas Elektrik Laluan...

IPOH: Operasi bas elektrik bagi laluan Jejak Warisan di Taiping dijangka bermula awal...

DAP Bidas Maszlee Tak...

Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan...

Gurauan “Beg Mungkin Ada...

BANGKOK - Gurauan seorang penumpang sebuah penerbangan di sini memberitahu bahawa begnya mengandungi bom...

Terlalu Kasih, Lelaki Peluk Mayat Isteri Selama Dua Jam

Betapa besar kasih sayang seorang suami, hingga sanggup memeluk isterinya selama dua jam biarpun sudah tidak bernyawa lagi.

Kejadian menyayat hati berlaku pada Rabu lalu, apabila si isteri tiba-tiba diserang sakit jantung sewaktu dalam perjalanan membeli ubat di sebuah farmasi di daerah Hunnan, China.

Polis segera menghubungi suaminya yang dikenali sebagai He, 63, menerusi maklumat pada kad perubatan yang ditemui di poket pakaian.

He bergegas ke tempat kejadian, namun segala-galanya sudah terlambat kerana isterinya sudah meninggal dunia.

Dek kerana terlalu sedih, dia terus memeluk tubuh kaku wanita itu dan enggan melepaskannya biarpun dipujuk orang ramai yang bimbang dengan kesihatannya berikutan suhu terlalu sejuk pada ketika itu.

“Tak mengapa. Saya akan menemaninya dan anak saya sedang dalam perjalanan ke sini,” katanya.

He akhirnya meleraikan pelukan selepas anak lelakinya tiba dua jam kemudian, sebelum mereka meninggalkan tempat kejadian dengan sedih.

Ramai netizen melahirkan rasa simpati mereka sebaik sahaja gambar pasangan suami-isteri itu tersebar di internet.

“Hidup ini terlalu pendek. Semoga kamu berdua bertemu semula pada kehidupan lain kelak,” tulis seorang netizen.

Benarlah kata orang, setiap kali anda meninggalkan orang yang disayangi walaupun hanya untuk seketika, ucapkanlah kata-kata indah buatnya kerana ia mungkin yang terakhir. – MYNEWSHUB.CC


man

man

man

man

 

VIDEO SUAMI MENYANYI UNTUK ISTERINYA

https://www.youtube.com/watch?v=XfyJBfqSsUE

Oleh: ELZA

(Sumber: Shanghaiist.com)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori