Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Indiana Jones’ Bosnia Temui...

SARAJEVO - Penyelidik arkeologi antarabangsa mengesahkan mereka telah merekodkan sebuah bola batu bersaiz...

Viagra Himalaya Makin Pupus

WASHINGTON - Sejenis kulat yang dianggap lebih berharga daripada emas dikenali sebagai ‘Viagra...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan...

Thanko: Beg Sandang Dengan Pemegang Tablet

Jika dilihat sekarang ini, penggunaan peranti bersaiz phablet sangat digemari di asia.

Boleh dikatakan tak kira anda berada di mana, pasti terdapat seseorang menggunakan peranti ini, lebih-lebih lagi di restoran makanan segera.

Ini adalah kerana pengguna di Asia gemar menggunakan peranti mereka untuk menonton siri TV ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tablet 12 inci ini boleh memberikan kepuasan menonton siri TV seperti Suamiku Encik Sotong ketika di luar tetapi ianya sukar digunakan ketika di dalam komuter.

Anda memerlukan sebelah tangan untuk memegang peranti dan sebelah lagi memegang rel besi bagi mengelakkan diri dari terjatuh ketika berdiri di dalam tren.

Di Jepun sudah ada beg sandang merangkap pemegang tablet yang dinanti-nantikan pengguna tablet.

thanko_shoulderbag_main

Bag-hebat-2

Beg sandang ini mempunyai pemegang tablet yang boleh dibuka bagi membolehkan anda menggunakan tablet tanpa memegangnya.

Kini anda boleh menggunakan tablet walaupun ketika berdiri di dalam tren, ia sesuai digunakan dengan tablet iPad Air 2, Nexus 9 dan Kindle Fire HDX.


Pemegang boleh diputarkan 360 darjah supaya pengguna boleh memilih orientasi landskap ataupun potret.

Selain daripada itu pemegang tablet boleh dicabut dan berubah menjadi tetongkat dan apabila disangkutkan pada belakang kerusi kereta, ia berubah sekali lagi menjadi penyangkut tablet di dalam kereta.

Sebuah beg dengan empat fungsi berbeza, tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan empat aksesori berbeza.

Harga jualan beg 4 dalam 1 ini ialah RM 143.

Sangat berbaloi dan kami perlukannya sekarang juga.

Sumber: akihabaranews

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori