Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemadam Rancang Program TOT...

JOHOR BAHRU - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) merancang menganjurkan program 'Training of...

Video: Lelaki Kunyit Tampar,...

SATU rakaman video memaparkan seorang lelaki 'kunyit' menampar bertubi-tubi seorang pelajar perempuan kini...

Pengemis ‘Bergaji’ AS$4,000

BROOKLYN, Amerika Syarikat - Seorang penganggur yang pernah dibuang sebuah kolej mampu meraih...

Banyak Masalah M’sia, Indonesia...

JAKARTA - Banyak masalah melibatkan hubungan Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan cara...

Tiada Aktiviti Untuk PPS, Walaupun Tempoh Jaminan Berakhir

GEORGE TOWN – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang tidak akan melakukan sebarang aktiviti kemasyarakatan walaupun tempoh jaminan penahanan 157 anggotanya yang berakhir semalam tidak dilanjutkan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, tidak ada aktiviti sehingga status pasukan itu diputuskan oleh mahkamah.

Lim berkata, bagaimanapun kerajaan negeri akan meneruskan tindakan untuk mencabar pengisytiharan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang PPS sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang.

“Kita akan teruskan usaha untuk tuntut keadilan dan kebenaran agar nama mereka tidak tercemar dengan tuduhan tidak berasas.

“Atau tuduhan menjalankan kegiatan dengan pertubuhan haram,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Pejabat Peguam Negara telah memulangkan semula kertas siasatan dan mahu polis menambah beberapa perkara bagi melengkapkan siasatan.


Pada 29 Okt lepas, polis melanjutkan tempoh jaminan semua anggota PPS itu untuk kali kedua sehingga semalam, selepas kali pertama surat jaminan selama 30 hari dikeluarkan 30 Sept.

Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ia disusuli penahanan anggota exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu, manakala Wei Aik pada 4 Sept.

“Keputusan untuk tidak melanjutkan jaminan polis adalah kemenangan awal PPS atas kebenaran dan usaha murni mereka membantu pasukan polis menjaga negeri ini,” kata Lim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori