Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Semua Penjawat Awam Harus...

KOTA KINABALU - Amalan integriti seharusnya menjadi pegangan utama bagi setiap penjawat awam...

1,194 Notis Dikeluarkan Dalam...

BUTTERWORTH - Sebanyak 1,194 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang...

Liwat: Guru Agama Ditahan...

KOTA BHARU - Seorang guru agama berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa...

PNS Perkenal Program VEST...

NILAI - Perbadanan Nasional Bhd (PNS) memperkenalkan program 'Varsity Entrepreneurship Skills & Talents'...

Tiada Keperluan Kelantan Diisytihar Darurat – Mustapa

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menegaskan tiada keperluan Kelantan diisytihar darurat ketika ini walaupun keadaan banjir yang melanda negeri ini semakin buruk.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan sedang berusaha keras membantu menyelamatkan mangsa banjir terutama di jajahan Kuala Krai yang dilaporkan kritikal.

“Pasukan penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sedang bertungkus lumus menghantar bantuan makanan dan keperluan lain walaupun terputus laluan darat akibat tanah runtuh dan ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, dilaporkan berkata dakwaan kononnya Kelantan diisytiharkan darurat berikutan keadaan banjir buruk melanda negeri ini adalah tidak benar.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata kerajaan menggunakan helikopter dan bot untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terputus laluan darat.


“Walaupun ada desakan daripada pihak tertentu termasuk penduduk di Kuala Krai supaya diisytiharkan darurat, setakat ini tindakan itu tidak perlu kerana keadaan masih terkawal,” kata Mustapa sambil meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak benar mengenai banjir di Kelantan melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

Mustapa berkata, Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab sudah berada di Kelantan bagi mengikuti perkembangan banjir serta memantau kerja-kerja menyelamat dan penghantaran bantuan kepada mangsa.

Setakat petang ini, seramai 26,547 mangsa banjir ditempatkan di 125 pusat pemindahan di sembilan jajahan yang terjejas dengan bencana itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori