Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kastam Jangka Kutip Tambahan...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan tambahan Cukai Barang...

Penerbangan Umrah Tidak Semesti...

PUTRAJAYA - Penerbangan semula jemaah umrah ke Arab Saudi tidak semestinya dilaksana pada...

Perjuangan Barisan Hadapan Di...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan...

Hanya 2 Kenderaan Disahkan...

IPOH : Hanya dua kenderaan disahkan terbabit, setakat ini, dalam insiden tanah runtuh...

TNB Guna 70 Set Janakuasa Untuk Bekal Elektrik

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kiloWatt (kW) hingga 1,000 kW untuk membekalkan elektrik kepada negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat pagi ini.

Daripada jumlah itu, 45 set janakuasa kini berada di Pahang, Terengganu (19), Perak (5) dan Kelantan (1), kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB Abdul Aziz Abdul Majid, merangkap Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB.

Beliau berkata tiga lagi set janakuasa sedang dalam proses untuk membekalkan elektrik di Kelantan.

“Kami menghadapi kesukaran untuk menghantar set janakuasa ke Kelantan kerana keadaan banjir yang masih teruk dan jalan yang boleh dilalui masih terhad,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya kesemua set janakuasa ini dibekalkan untuk kawasan-kawasan yang penting dan pusat pemindahan mangsa banjir yang boleh dilalui kenderaan.


“Namun kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan kawasan-kawasan yang bergelap akan mendapat bekalan elektrik sebaik keadaan mengizinkan,” katanya.

Abdul Aziz berkata TNB juga sedang menghantar beberapa lagi set janakuasa lain sama ada milik TNB sendiri atau milik rakan-rakan niaganya ke kawasan yang terjejas.

Selain itu, 22 janakuasa mudah alih telah dibekalkan ke beberapa pusat pemindahan setakat ini.

“Pihak kami sedang mengumpulkan janakuasa mudah alih milik kami dari beberapa negeri supaya lebih banyak lagi boleh dibekalkan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori