Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dakwa Kematian Anak Akibat...

SEOARANG lelaki dari Batu Pahat, Johor mendakwa kecuaian sebuah hospital swasta telah membawa...

Cool! Speaker Bluetooth Versi...

Filem Avengers: Age of Ultron nampaknya bak seperti 'goreng pisang panas' di kebanyakkan...

Saya Tetap Setia Parti...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengupas kisah hidupnya termasuk...

2 Mayat Dipercayai Nelayan...

PONTIAN - Dua mayat dipercayai dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau...

TNB Nafi Banjir Disebabkan Pelepasan Air Empangan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan banjir besar yang berlaku di beberapa negeri disebabkan tindakan TNB melepaskan air di empangan-empangan ini.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin sebaliknya menjelaskan, cuma empat empangan yang telah melepaskan air secara terkawal sehingga hari ini.

“Empangan itu adalah Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (Empangan Tasik Kenyir) dan Stesen-stesen Janaelektrik Sungai Perak (Empangan Bersia, Kenering, dan Chenderoh).

“Manakala air di Empangan Pergau (Kelantan) dan Temenggor di Stesen-stesen Janaelektrik Sungai Perak masih di bawah paras pelepasan air,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Aminuddin turut menjelaskan, TNB sentiasa memastikan proses pelepasan air secara terkawal di beberapa empangan hidroelektrik dilakukan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) demi keselamatan orang ramai.

Beliau bagaimanapun mengakui fenomena hujan lebat telah meningkatkan paras air di kesemua empangan terbabit tetapi empangan-empangan hidroelektrik itu membantu mengawal keadaan banjir yang lebih teruk.


Menurutnya, selain daripada menjana elektrik, fungsi utama empangan-empangan itu adalah untuk mengawal aliran air yang banyak akibat hujan lebat yang berterusan.

Tambah beliau, TNB akan memantau pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.

“TNB juga telah mengaktifkan bilik-bilik gerakan di setiap negeri untuk memantau situasi. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 1-5454” katanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori