Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tapak MAHA Akan Dijadikan...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya tapak...

Lelaki Dilapor Hilang Selepas...

LELAKI berusia 63 tahun hilang di Hutan Simpan Lebir, Kampung Aring 8, Gua...

Tikus Suka Nasi, PH...

Manifesto PH untuk PRN Melaka hanya retorik. Tidak boleh dipercayai.PH ada track record...

Senat Kanada Undi Lulus...

SENAT Kanada mengundi untuk meluluskan penggunaan ganja semalam, sekaligus semakin hampir dalam menjadikannya...

Tony Fernandes Sponsor 5 Tiket FREE Ke Bangkok Tengok Bola

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan memberikan lima tiket percuma kepada penyokong Harimau Malaya yang berpakaian paling kreatif dan menarik bagi memberi sokongan kepada Malaysia pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, Rabu depan.

Janji itu dibuat Tony di laman Twitter selepas berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar boleh menguruskan sesuatu dalam bentuk penerbangan ke Bangkok, Thailand jika Malaysia menang, semalam.

Sudahnya, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 4-2 di Stadium My Dinh, Hanoi sekaligus layak ke perlawanan akhir menentang Thailand dengan aggregat 5-4.

MENARIK – TAHNIAH Harimau Malaya… Layak Ke Final Piala AFF 

Tweet berkenaan segera mendapat perhatian penyokong Harimau Malaya yang ternanti-nanti apakah kejutan bakal diumumkan Tony yang memang diketahui meminati sukan bola sepak.

Pagi tadi, Tony melalui tweetnya menjawab penantian para peminat dengan membuka peluang bagi merebut lima tiket berkenaan.

TonyFernandes_1

“Baik, saya akan berikan lima tiket percuma kepada peminat ‘Harimau’ yang berpakaian paling menarik untuk sokong pasukan Malaysia di perlawanan akhir,” kata Tony dalam tweetnya tepat pukul 10.38 pagi tadi.

Lebih menarik, penginapan lima orang yang bertuah kelak akan turut dibiayai AirAsia di Bangkok.


Sehingga saat ini, para penyokong Harimau Malaya sibuk menghantar tweet kepada Tony dengan pelbagai ragam dan gaya menyokong pasukan bola sepak Malaysia.

Penyokong_1 Penyokong_2

Pusingan pertama perlawanan akhir akan berlangsung di Bangkok pada 17 Disember dan peringkat kedua akan berlangsung pada 20 Disember di Stadium Shah Alam.

Tony masih belum membuat keputusan siapa yang memenangi lima tiket percuma ke Bangkok yang ditawarkan itu jadi masih ada peluang untuk anda mencuba nasib! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Malaysia Menang Dengan Vietnam 4-2 Di Hanoi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori