Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Sokong Calon BN...

SHAH ALAM - PAS menyokong calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan...

Vanessa Angel Dipenjara 5...

JAKARTA - Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan, selepas didapati...

Adidas Memperlihatkan Konsep 3D...

PERCETAKKAN 3D telah memudahkan proses menghasilkan beberapa perkara, termasuk turut dikaji dalam arena perubatan...

PM Tinjau Projek Pembinaan...

SADONG JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan...

Balasan Hati Mulia.. Gelandangan Dibantu Gadis Manis

LANCASHIRE (England) – Seorang lelaki gelandangan yang sanggup menawarkan wang dikumpul sepanjang hari kepada seorang wanita yang tidak cukup wang bagi membayar tambang teksi di bandar Preston, di sini, pada malam 4 Disember lalu, menerima ‘pulangan’ sehingga lebih£21,000 (RM114,383) selepas wanita itu membalas budi dengan mencari dana untuk membantunya.

Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar tambang teksi kerana beg duitnya hilang.

Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia nekad membantunya.


Wanita itu memuat naik status di Facebook dan Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.

Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flat. – The Telegraph

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori