Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berhenti Menyanyi, Altimet Tolak...

KUALA LUMPUR - Berpegang kepada keputusan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun, Altimet...

Angelina Jolie Fail Tuntutan...

ANGELINA Jolie dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai dengan suaminya, Brad Pitt, Isnin lalu.  Menurut sumber...

Pakistan, Sweden Lapor Kes...

ISLAMABAD - Pihak berkuasa kesihatan Pakistan pada Jumaat mengesahkan kes pertama virus mpox...

Lagi Buaya Besar Ditangkap...

KUCHING - Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menangkap...

Tujuh Beranak Makan Nasi Berlauk Budu

KOTA BHARU – Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib tujuh beranak, di Kampung Puteri Saadong, Wakaf Che Yeh di sini yang hanya makan nasi berlaukkan budu hampir setiap hari, selepas ketua keluarganya terpaksa berhenti kerja akibat mengalami ketumbuhan di bahagian perut sejak empat bulan lalu.

Lebih malang, anak sulung dan kedua keluarga berkenaan juga terpaksa melupakan zaman persekolahan mereka disebabkan kesempitan hidup, setelah ibu mereka yang bekerja di Pasar Borong Wakaf Che Yeh diberhentikan kerja apabila majikannya tidak mampu membayar gaji.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka, anak sulung pasangan Zaiton Mamat, 41, dan Mohamad Zulkifli Abdullah, 45, Mohamad Lokman Mohamad Zulkifli, 19, kini menggalas tanggungjawab sepenuhnya menyara keluarga, yang bekerja sebagai pembantu jualan di Pasar

Manakala anak kedua, Mohamad Hakim Mohamad Zulkifli, 15, juga tidak bersekolah disebabkan kedaifan hidup mereka dan memberi peluang kepada tiga adiknya, Nur Mashitah, 14, Nur Ain Athirah 9, dan adik bongsu Nur Alia Qistina 3 untuk meneruskan persekolahan.

Sementara seorang lagi anak pasangan itu, Nur Arisha Amina, 4, terpaksa diserahkan kepada ibu saudaranya di Kuala Lumpur disebabkan Zaiton tidak mampu beli susu formula memandangkan tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap setelah diberhentikan kerja.

Menurut Zaiton, pendapatan RM10 sehari yang diperolehi oleh anak sulungnya itulah digunakan untuk membeli sekilogram beras dan sebotol budu memandangkan itu sahajalah yang mampu dibeli bagi mengelakkan anak-anaknya kelaparan.

“Kadang-kadang saya rela tidak makan, lagipun tidak sampai hati melihat anak-anak dan menangis tidak cukup makan. Begitu juga jika putus bekalan makanan, saya akan berusaha untuk dapatkan ubi kayu atau pisang rebus yang diperolehi dari pokok ubi dan pisang liar yang tumbuh berhampiran rumah,” kata Zaiton dengan sedih. – Sinar Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • budu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori