Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Adenan Mahu Calon Terus...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu calon-calon terus Barisan...

Kandungan Hari Pertama TV...

PASIR MAS - Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan Televisyen (TV) Pendidikan sepanjang tempoh Perintah...

Edar Dadah: Kontraktor Ke...

GEORGETOWN - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Kadar Rt COVID-19 Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari...

Tukang Masak Hotel Diminta Bantu Promosi Ikan Air Tawar

KUALA LUMPUR – Tukang masak atau cef terutama di hotel-hotel di negara ini disaran agar membantu kerajaan mempromosi masakan ikan air tawar kepada pelancong, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata bantuan daripada ‘pakar masak’ itu bukan sahaja dapat mengalakkan makanan ikan air tawar dalam kalangan pelancong, tetapi dalam masa sama dapat menepis tanggapan pihak yang mendakwa ikan air tawar makanan hanya untuk orang kampung atau golongan kelas bawahan.

“Kita perlukan cef untuk bantu jelaskan kandungan protein dalam ikan air tawar, kalau ini berlaku maka pelancong akan faham dan berminat untuk makan ikan ini.

“Cara ini juga dapat bantu kurangkan beban kewangan kerajaan dan jimat duit rakyat untuk buat promosi,” katanya.


Tajuddin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Senator Khairiah Mohamed yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan mempromosi ikan air tawar terutama di hotel-hotel pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tajuddin memaklumkan bahawa tidak timbul isu berlaku lebihan penawaran ikan air tawar di pasaran tempatan memandangkan pengeluarannya hanya 133,000 tan metrik setahun.

“Soal pemasaran tidak jadi masalah. Tapi kalau nak dapatkan harga yang baik, kenalah buat promosi dengan baik termasuk jadikan hidangan di restoran dan hotel,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori