Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Half Maraton’ Jambatan P.Pinang...

GEORGETOWN - Acara Separuh Maraton Jambatan Pulau Pinang pada 14 Jun ini, dijangka...

Lima Warga Tempatan Didakwa...

KLUANG - Tiga lelaki dan dua wanita rakyat tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen,...

4,795 Lokasi Panas Berisiko...

KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 4,795 lokasi panas...

Vape: MBJB Pohon Pindah...

KUALA LUMPUR - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini memohon prosiding kes...

Tunjuk Perasaan Di Tiga Bandar Amerika Syarikat

WASHINGTON – Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di bandar ini, New York dan Boston kelmarin bagi membantah pembunuhan beberapa lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata oleh polis kulit putih.

Penganjur bantahan itu memberitahu bahawa tunjuk perasaan tersebut merupakan yang terbesar bagi membantah tragedi pembunuhan di Ferguson, New York, Cleveland dan beberapa lokasi lain di Amerika Syarikat (AS).

Bantahan itu berjalan dengan aman tetapi pihak polis di Boston berkata, mereka telah menahan seramai 23 penunjuk perasaan yang cuba menghalang laluan di sebuah lebuh raya di bandar itu.

Seorang penunjuk perasaan turut ditahan di New York selepas dua anggota polis dilaporkan diserang oleh sekumpulan penunjuk perasaan.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengutuk serangan berkenaan yang dianggap beliau sebagai satu tindakan yang tidak boleh diterima.


“Mereka yang gagal mengadakan bantahan secara aman dan mencetuskan provokasi ganas akan segera ditahan serta dihukum,” katanya.

Pihak polis di Oakland, California pula mengarahkan beratus-ratus penunjuk perasaan bersurai selepas sebuah kedai runcit dirosakkan oleh kumpulan penunjuk perasaan.

Bantahan di seluruh negara sejak beberapa minggu lalu itu tercetus selepas barisan juri mengambil keputusan untuk tidak mendakwa dua anggota polis yang menyebabkan kematian remaja kulit hitam, Michael Brown di Ferguson dan seorang lagi mangsa, Eric Garner di New York.

Dua kejadian tersebut dan beberapa insiden yang membabitkan kematian penduduk kulit hitam oleh polis menyebabkan agensi berkenaan dikecam hebat. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori