Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jangan Buat Tak Nampak...

UMNO hampir ditinggalkan rakyat dah ahlinya selepas kalah pada PRU 14 tahun 2018…dulu...

Sistem Tadbir Keluarga Islam...

KANGAR - Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal...

Mayat Reput Dalam Kereta...

KAJANG - Misteri menyelubungi kes kematian seorang lelaki apabila mayatnya yang mula reput...

Bakal Guru ‘Gila Seks’...

KANTOI!!! Seorang lelaki yang bakal bergelar guru didakwa 'gila seks' selepas aktivitinya merakam...

Tuntutan Tak Dilayan UM, Mahasiswa Rancang Kemuka Saman

Setelah tuntutan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan Univeriti Malaya (UM) tidak dilayan, mahasiswa yang dihukum kerana menganjurkan pidato bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, Khairol Najib Hashim yang juga salah seorang dalam kumpulan yang menggelar diri mereka UM8, tindakan tersebut bakal diambil kerana ia merupakan jalan terakhir yang ada.

Memetik kenyataannya dari portal The Malaysian Insider, “Protes ‘Occupy UM’ berakhir petang semalam, tetapi tuntutan kami supaya hukuman dan denda yang dikenakan terhadap UM8 ditarik balik tidak dilayan.

Walaupun ramai pelajar mengambil bahagian di dalam protes ini dengan berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur universiti, pihak berkuasa yang berkaitan tidak memberi sebarang respon.”

Tambahnya lagi, mereka cuba untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof, Datuk Dr. Rohana Yusuf namun individu tersebut tiada.

Semalam, lebih kurang 70 pelajar universiti itu berarak dari pintu gerbang (arah Kuala Lumpur) menuju bangunan pentadbiran bagi bertemu dengan Rohana, namun tidak berhasil.


Daripada kesemua lapan mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib, hanya seorang sahaja yang digugurkan pertuduhan manakala Khairol cuma diberi amaran.

Empat individu lagi dikenakan denda RM150 manakala hukuman penggantungan pengajian selama dua semester dikenakan kepada bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol serta Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin.

Masing-masing juga dikenakan dendan berjumlah RM600 (Fahmi) dan RM300 (Safwan). – MYNEWSHUB.CC

Perarakan Mahasiswa UM Ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar

https://www.youtube.com/watch?v=Un_qc21iKnA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori