Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Seramai 56 Pelarian Rohingya...

ALOR SETAR - Seramai 56 pelarian Rohingya berusia dua hingga 46 tahun tiba...

Suami Isteri Maut Dipanah...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan...

Oksana Dedah Kisah Lamaran...

SHAH ALAM - Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra menceritakan...

Yusuf PPIM Mohon Maaf...

TULAR menerusi media sosial tempatan apabila tersebar rakaman video menunjukkan Yusuf Azmi gagal...

Umat Islam Perlu Agresif Jadi Pemain Industri Halal

BERA – Umat Islam di negara ini perlu lebih agresif merebut peluang sebagai pemain utama dalam industri halal ekoran ia kini didominasi golongan bukan Islam.

Malah, tegas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bilangan umat Islam yang menerajui industri halal di negara ini amat kecil iaitu hanya 9.8 peratus sahaja.

“Kekurangan umat Islam sebagi pemain dalam industri halal boleh menjejaskan potensi Malaysia sebagai peneraju hab halal dunia. Sekarang Thailand dan Singapura dilihat mendahului kita sebagai peneraju industri halal.

“Sebagai negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, kita (umat Islam) yang sepatutnya menguasai industri halal di negara ini terutamanya dalam penghasilan produk-produk makanan.

“Kita (umat Islam) selalu mengeluh mengenai tahap halal sesuatu makanan tapi tidak ramai umat Islam yang menjadi pengeluar produk makanan (halal) di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran AgroAgent di Dataran Kerayong, dekat sini, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Agrobank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterprise Bank Negara Malaysia, Marina Kahar.

Ismail Sabri turut memberi jaminan kementeriannya akan cuba membantu usahawan yang mahu menceburi sektor industri halal bagi meningkatkan pengeluaran produk berkenaan oleh umat Islam.

Sehubungan itu beliau turut menggesa Agrobank agar lebih agresif membantu mana-mana golongan petani atau peladang dengan memberi bantuan pinjaman yang diperlukan bagi meneruskan usaha menguasai industri halal negara.

“Ini kerana golongan petani dan peladang agak sukar mendapat pinjaman institusi kewangan lain. Saya harap Agrobank akan lebih agresif membantu golongan ini kerana ia satu-satunya bank yang memberi fokus kepada pembangunan sektor pertanian di negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori