Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Mengundi Hari Bekerja Bukan...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan mengisytiharkan 9 Mei,...

Camilla Kagum Saksi Persembahan...

GEORGE TOWN - Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama...

Akauntan Pakistan Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang akauntan warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas...

Fauziah Nawi Lebih Tenang...

PETALING JAYA - Pelakon Fauziah Nawi memberitahu hatinya lebih tenang apabila terlibat dengan...

UMNO & PKR Platform Bukan Melayu – Ridhuan Tee

Sekali lagi, pensyarah yang juga penceramah, Dr Ridhuan Tee Abdullah mengeluarkan kenyataan sensasi apabila mendakwa pemimpin bukan Melayu menjadikan BN & PKR sebagai batu loncatan untuk meneruskan hayat politik mereka.

Tenaga pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, bukan Melayu menggunakan parti PKR sebagai taktik untuk menerajui kepimpinan negeri manakala BN pula digunakan oleh parti komponennya untuk mengekalkan kuasa di Semenanjung.

Memetik kenyataannya di akhbar Sinar Harian, “Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan. 

Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu.”

Dalam pada itu, dia juga mendakwa bahawa survival PKR dalam arena politik tempatan tidak akan bertahan lama andai ianya dipimpin oleh bukan Melayu.


Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur.”

Ridhuan juga mempersoalkan undi yang diberikan oleh kaum Melayu kepada calon DAP walaupun parti itu terang-terang meminggirkan mereka.

DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya.” – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori