WOW! Memang cantik, unik dan kelihatan real!
Itulah ilham seorang pereka aksesori wanita dari Jepun, Norihito Hatanaka yang mula-mula sekali mendapatkan ilham untuk menghasilkan rantai, gelang, subang dan cincin berinspirasikan makanan yang cukup kreatif dan pada masa sama, bergaya untuk digandingkan bersama helaian busana oleh wanita yang berani mencuba.
Norihito mendapat inspirasi mencipta aksesori sebegini menerusi pemerhatiannya terhadap kehidupan seharian yang cukup dekat dengan pelbagai hidangan yang jadi kesukaan orang ramai antaranya kari, spageti, telur dan buah-buahan.
Jom semak aksesori ni, mana tahu ada yang berkenan di hati anda! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=P0gFtGdKTKE