Biadab dan tak ada sivik! Sebuah surau di Taman Seremba Jaya, Fasa 10 dan Pejabat UMNO Bahagian Seremban, Jalan Seremban – Tampin menjadi sasaran vandalisme dalam satu kejadian pada awal pagi Rabu.
Memetik sumber portal Harian Metro, polis berkata, kedua-dua lokasi berkenaan dilukis dengan logo Nazi dan diconteng dengan logo ‘Samsung, 18’ dan ‘Mohant’.
Tambah sumber berkenaan, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi itu dilakukan kutu rayau.
“Kita (polis) percaya kegiatan vandalisme ini berunsurkan khianat dan lebih mengecewakan apabila ia dilakukan di surau.”
Kejadian tersebut hanya disedari penduduk kampung pada jam 8 pagi.
Dalam pada itu, dua laporan polis berasingan dibuat oleh Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan Mantan Pengerusi Surau Hubbul Watan, A Ghani Ismail di Balai Polis Senawang.
Kot ya pun nak dah tak ada kerja sangat, tak payahlah sampai menconteng ‘rumah Allah S.W.T’! – MYNEWSHUB.CC