Lebih enam tahun berlalu selepas kali terakhir muncul dengan Cicakman 2 – Planet Hitam, filem superhero Malaysia itu bakal menjengah pawagam dengan wajah serba baru.
Melalui ‘sneak peek’ baru yang dimuat naik di laman Youtube, penonton disajikan dengan lakonan pelawak popular Malaysia, Zizan Razak yang menggantikan peranan Cicakman yang dahulunya dipegang oleh Saiful Apek.
Bukan itu sahaja, watak heroin bagi filem tersebut juga kini disandang Lisa Surihani bagi menggantikan Fasha Sandha.
Menjalani penggambaran pada Ogos tahun lalu, filem yang masih diarahkan oleh Yusry Abdul Halim itu bagaimanapun bukanlah sekuel kepada dua filem terdahulu.
Cicakman 3 turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Fizz Fairuz, Yus Jambu, Azizah Mahzan dan Rashidi Ishak.
Buat penonton yang tak sabar menantikan kelibat Cicakman di panggung wayang awal tahun depan, apa kata anda layan dulu teaser di atas! – MYNEWSHUB.CC