Dalam kekalutan menghadapi banjir, bermacam-macam perkara tidak dijangka boleh berlaku.
Rakaman video ini, antara situasi yang dihadapi oleh mangsa banjir yang melahirkan anak dalam trak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Ketika itu, anggota JPAM dalam perjalanan membawa penduduk kampung berpindah.
Namun, mujurlah ada yang berupaya menggalas tugas membantu proses kelahiran itu.
Pada masa sama, kedengaran bunyi hujan atau arus air yang deras dalam rakaman, sekaligus membayangkan keadaan getir ketika itu.
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan melahirkan bayi dalam keadaan yang cukup menakutkan, semoga ibu dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. – MYNEWSHUB.CC
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=MbqQ6e4YNe8]
Oleh: ELZA