Jika video yang kini viral di laman maya ini ditonton tanpa membaca maklumatnya, mungkin perbuatan lelaki di Zhengzhou, Wilayah Henan di China ini akan dianggap sebagai gila dan melucukan.
Bukan sahaja memakai pakaian dalam, dia turut memakai kasut tinggi dan sesekali ‘berposing’ ala wanita.
Hakikatnya, ada cerita menyedihkan di sebalik perbuatan peliknya itu.
Menurut rakan lelaki itu, pakaian yang dipakainya itu merupakan milik isterinya yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Dek kerana tidak dapat menerima kenyataan isterinya sudah tiada, dia mengalami masalah mental sehingga mendorongnya bertindak sedemikian.
Baginya, memakai pakaian tersebut dapat mengubat kerinduannya terhadap mendiang.
“Kami berharap agar ada kaunselor profesional dapat membantunya,” ujar pemandu bas yang ditemubual media.
“Cinta mereka terlalu mendalam. Dia tak mampu mengawal kesedihannya sehingga jadi begini,” komen salah seorang netizen.
Aduhai, mungkin inilah yang dikatakan ‘cinta gila’… – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=lPmhACPao4c
Oleh: ELZA