SEPERTI semua maklum, kadang-kadang sesama kita berlaku persaingan menunjuk telefon bimbit siapa paling hebat, canggih dan moden.
Di laman Facebook, tersebar video sebuah program komedi di Jepun yang betul-betul menjelaskan mesej ini.
Ia menceritakan tentang sekumpulan manusia sedang berada di dalam tren bawah tanah pada waktu sibuk dan ketika itulah, satu demi satu telefon bimbit berbunyi.
MENARIK – Video : Mungkin Ini Merupakan Penjaga Gol “Terhebat’ Di Dunia
Masing-masing bergilir-gilir menjawab panggilan diikuti dengan wajah kagum penumpang lain melihatkan bentuk telefon bimbit yang berbeza-beza.
Lebih pelik, ada telefon yang dicipta seperti kasut dan rambut palsu yang memang lucu.
Program ini sebenarnya sudah agak lama tetapi mesejnya masih boleh dianggap relevan hingga hari ini.
Pada zaman ini pun, ramai manusia mempunyai sikap tak mahu kalah menunjuk gajet masing-masing khususnya ketika di restoran atau pun ketika berada dalam kenderaan pengangkutan awam.
Anda tontonlah sendiri… – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ